Sabtu, 23 Julai 2016

Petua Menghilangkan Perut Kembung@Berangin

Resepinya seperti berikut:-

1) 300 ml madu
2) 1 sudu jintan manis
3) 75 gm halia dihiris halus
4) 450 ml air

Cara penyediaan:-
-Rebus halia dan jintan manis dengan 450 ml air
-Rebus hingga air tinggal 150 ml
-Biarkan rebusan menjadi suam pada suhu bilik
-bila dah suam, tambah 300 ml madu dan kacau hingga sebati
-Simpan dalam botol kaca

Cara amalkan petua ini:-
-Minum 1 sudu 3 kali sehari hingga sembuh

Selamat mencuba!!!

Sumber dari buku khasiat madu

Ahad, 15 Mei 2016

Buat Sendiri Maajun Buang Angin Dalam Badan

Cara dan Bahan-bahan : 

1. 3 sudu halba direndamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika. 

2. 3 cm halia muda diparut. 

3. 4 Ulas bawang putih. 

4. 15 biji lada hitam. 

Halba ditumbuk sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia, bawang putih. Akhir sekali masukkan lada hitam. 

Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti maajun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas. 

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan, perut akan kempis. 

Tips cara makan ini : 

Minum dengan air suam. 

Insya Allah, badan akan ringan, angin akan keluar dan mengempiskan perut. 

AMARAN : perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan. 

Selamat mencuba!

Ahad, 8 Mei 2016

Jom Amalkan Minum Madu kerana banyak khasiatnya

Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.
Kulit, Rambut dan Mata
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
Sistem Penghadaman
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
Tenaga Badan
  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.
Gizi Makanan
  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan

Sabtu, 7 Mei 2016

Jus Rempah - Campuran Rempah Dapur Terbaik Untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selain saya mengamalkan minum jus berasaskan sayuran seperti dalam post terdahulu, kali ni saya nak berkongsi dengan tuan/puan tentang satu lagi jus yang saya amalkan sejak sebulan yang lalu.

Ianya juga memberi kesan yang positif dalam mengurangkan/menghilangkan sakit gastrik yang saya alami. 

Semua bahan-bahan yang saya gunakan ini, selalunya ada di dapur rumah kita iaitu bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam, buah pelaga, kulit kayu manis dan halba.

Khasiat dari bahan-bahan ini adalah seperti berikut:-


Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.

Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.


Bunga Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia.
Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. 

Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dankemudian ditampalkan atau diikat pada dahi.


Buah Pelaga atau "Cardamom" mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran mereka seperti kopi, teh dan sirap. Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran. Pelaga secara tradisi digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan seperti :
  • Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi.
  • Sangat bermanfaat bagi mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan alahan pernafasan.
  • Merangsang pencernaan dan bermanfaat bagi mereka yang menderita kembung perut dan angin.
  • Membantu membersihkan badan dengan adanya ciri nyah toksik didalamnya.
  • Membantu melegakan asid di dalam perut.

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Illavangam.

Didalam perubatan ianya berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi mengubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan  dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau


Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek. Halba boleh diminum sebagai teh untuk:-

- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

Cara Minum
- Amalkan minuman ini dua kali sehari (pagi dan malam)
- Tuang 1/4 cawan Jus Rempah dan campur dengan air hingga penuh cawan.
- Jika nak rasa manis, boleh tambah 1 - 2 sudu madu

Kepada yang tak sempat nak buat sendiri jus rempah ni, boleh lah dapatkannya dari saya. Boleh hubungi saya melalui emel hairulnizwan@gmail.com atau whatsapp +60195727999 (Hairul)



* Nampak macam madu kan, tapi inilah warna Jus Rempah

Selasa, 3 Mei 2016

Madu Asli @petaling jaya

Kami menjual dan menyediakan pengkhidmatan penghantaran madu asli di sekitar petaling jaya.






















Harga Madu
Botol kecil (saiz botol kicap) RM25
Botol Besar RM45


















Harga Madu Kelulut
Botol Kecil RM50
Botol Besar RM130



Caj penghantaran seiklas hati.

Jika berminat, hubungi:-
+60195727999 (call/sms/whatsapp)
hairulnizwan@gmail.com

Ahad, 1 Mei 2016

Produk ‪Alkalising‬ Green Plus (AGP) Untuk Merawat Gastrik



Memang sebelum ni saya tercari-cari produk yang boleh membantu dalam merawat atau melegakan gastrik. Pada satu hari saya terjumpa dengan produk ni masa buat carian di internet iaitu Alkalising‬ Green Plus (AGP). Ramai yang jadi agen jual produk ni dan anda boleh cari secara online.



Saya dah cuba produk ni, memang betul-betul berkesan untuk merawat gastrik. Memang benar apa yang diiklankan boleh legakan gastrik dalam 1 - 7 hari sahaja. Saya cuma beli sekali (1 kotak ada 20 peket) jer produk ni, boleh tahan laa harganya. 

AGP ni telah bantu saya hilangkan gastrik dalam tempoh yang singkat dan sekarang saya telah hampir bebas dari gastrik. (Kadang-kadang gastrik datang juga jika terlampau stress dengan kerja yang banyak, bila kerja banyak makan pun kadang lupa atau lewat).

Bila saya tengok ingredient AGP ni, saya dapat idea untuk buat sendiri jer minuman berasaskan sayuran ni. Ianya sangat mudah disediakan dan menjimatkan kos.

Sampai sekarang saya masih amalkan minuman ni. Jika ada yang berminat untuk tahu resipi RAHSIA ni, boleh lah emel atau whatsapp saya:-

hairulnizwan@gmail.com
+60195727999


Terima kasih kerana sudi membaca, sila lah share yaaa.


Isnin, 25 April 2016

Makanan Yang Baik Untuk Orang Gastrik

Sayur-sayur asparagus, brokoli, bayam mentah, timun, taugeh, bawang putih, limau, lemon, mangga, papaya, stevia, kacang hijau, kacang soya, salad, kubis, labu, tembikai, kurma dan buah tin (fig), keledek, teh hijau, wheatgrass, epal, anggur, kismis, kiwi, carrot, nenas,buah pir,  oren, pisang,tomato, avocado, madu liar, kulit kentang,; buah berangan, susu soya, susu ibu, susu kambing, keju susu kambing dan teh halia.

Perlu diingatkan walaupun lemon dan limau dalam bentuk asalnya bersifat asid namun setelah mengalami proses penghadaman didalam badan ianya bersifat alkali.

Contoh makanan yang mengandungi antioksidan dan phytochemical yang tinggi – buah-buahan seperti oren, papaya, kiwi, mangga masak, tembikai dll. Kebiasaannya buah yang tinggi vitamin C)

Makanan yang tinggi Omega 3 – Ikan Salmon, Ikan Sardin, Ikan Tuna (Tongkol), produk yang diperkaya dengan omega 3 seperti telur, majerin, susu, yogurt, roti, bijirin sarapan. Sayuran seperti kalian, daun parsli, bayam.

Jika tak suka makan sayur, boleh cuba buat jus sayur yang dicampur dengan buah-buahan supaya lebih sedap.

Contoh resipi jus sayur

MEAN GREEN
BAHAN-BAHAN:

3 biji epal hijau (granny smith)
4 batang daun seleri
1 batang timun
1 inci halia (sebesar ibu jari)
6 helai daun kale
2 sudu jus lemon

CARA MEMBUAT:
Kisar kesemua bahan di dalam alat pengisar dan sedia dihidang.


JUS BAYAM POPEYE

BAHAN-BAHAN:
2 biji epal hijau (granny smith)
1/2 biji timun
1 biji limau nipis
5 cawan bayam

CARA MEMBUAT:
Kisar kesemua bahan di dalam alat pengisar dan sedia dihidang.

Ahad, 24 April 2016

Lagi Cara Buang Angin Dalam Badan- Info Copy n Paste Dari Blogger Lain

1. Minum 2-3 sudu madu dgn Air Suam 40 minit@ 1jam lps sarapan, mkn tengahari dan mkn malam.

2. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

3. Minum Yakult bila gastrik datang

4. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

5. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!

6. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

7. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

8. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

9. Elakkan makan terlalu kenyang

10. Elakkan cuka, makanan yang pedas

11. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

12. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

13. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

14. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Masalah Angin Dalam Badan

Masalah banyak angin dalam badan kini menjadi masalah biasa orang masa kini kerana kecuaian atau mengabaikan isu jaga kesihatan dan pemakanan. Inilah antara punca utama penyebab masalah banyak angin dalam badan atau doktor kata awak ni ada gastrik laa.

Blog ini dihasilkan berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menghadapi gastrik sejak tahun beberapa tahun yang lalu. Mula-mula tu makan jaa ubat yang doktor suruh makan tetapi  gastrik tak juga baik. Dulu masa tak kena gastrik ni ingatkan tak sakit tapi bila dah rasa sendiri baru tahu sakitnya macamana.


Antara kebiasaan pesakit angin badan adalah mereka alami lenguh – lenguh pada bahagian belakang badan. Kadangkala mereka terasa seperti sakit menyucuk dan sengal – sengal. Ianya terjadi di sebabkan angin pada bahagian perut mula merebak ke bahagian belakang badan. Akibatnya mereka akan rasa lenguh – lenguh, sengal – sengal jika angin badan menyerang sendi – sendi dan rasa menyucuk – nyucuk apabila angin badan menyerang urat saraf.

Jom Kenali simptom lain ANGIN DALAM BADAN
1. Sesak Nafas @ Nafas pendek
2. Rasa tak selesai di bahagian atas perut
3. Kembung perut
4. Rasa pening-pening lalat
5. lenguh tengkuk ,pinggang & kaki
6. Kadang-kadang rasa pedih di dada
7. Mata kelihatan rabun @ kurang jelas
8. kerap sendawa
9. Susah nak tidur


ANTARA PUNCA MASALAH ANGIN DALAM BADAN

1. Stress / Tekanan Hidup
2. Panas Baran
3. Pemakanan
4. Kurang senaman
5. Kegemukan
6. Asid berlebihan dalam salur dalam akibat gaya hidup tidak sihat seperti merokok


CARA ATASI MASALAH ANGIN@GASTRIK
A. Amalan Senaman Secara Konsisten
Salah satu cara untuk buang angin badan adalah melalui senaman. Perbuatan senaman dapat melancarkan aliran darah, melancarkan aliran pernafasan dan memperkuatkan otot – otot badan.

Apabila aliran darah badan anda lancar, angin badan tidak mampu beri kesan kepada badan anda dan seterusnya akan hilang dengan sendirinya. Sama juga apabila otot – otot badan anda kuat di mana ia akan singkirkan punca angin badan yang terlekat pada sel – sel otot.

Berikut adalah antara senaman yang sesuai anda lakukan untuk buang angin badan.

1. Senaman buang angin badan pertama : Renang.

Ketika berenang, anda akan gerakkan semua anggota badan serentak. Secara tidak langsung ia dapat menguatkan otot di seluruh badan dan seterusnya melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Senaman renang dapat membebaskan anda dari masalah angin badan jika anda lakukannya secara konsisten.

2. Senaman buang angin badan kedua : Joging.

Jogging adalah antara senaman yang benar – benar dapat bebaskan anda dari angin badan. Ini kerana jogging akan kuatkan jantung dan melancarkan aliran pernafasan. Apabila jantung anda kuat dan seluruh badan dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi, angin badan tidak ada ruang di dalam jasad anda.

3. Senaman buang angin badan ketiga : Berjalan kaki.

Senaman berjalan kaki boleh beri kesan yang sama seperti senaman jogging. Jika anda tidak mampu berjogging, anda lakukan senaman berjalan kaki laju – laju. Di samping meningkatkan stamina, senaman jalan kaki juga boleh merendahkan risiko anda untuk terima pelbagai penyakit serius seperti sakit jantung, sakit paru – paru dan kanser.

4. Senaman buang angin badan keempat : Senaman fitness dan berat.

Senaman yang meningkatkan stamina badan seperti senaman aerobik dan senaman fitness menggunakan alatan di gym dapat menyingkirkan angin badan dengan segera. Selain itu, senaman berat seperti mengangkat berat badan  juga dapat menghilangkan angin badan.

Senaman – senaman di atas hanya dapat hilangkan angin badan jika anda lakukannya secara konsisten. Luangkan masa sebulan untuk dapatkan stamina badan dan anda sendiri akan kesan seronoknya memiliki badan yang tidak ada masalah angin badan.

B. Jaga Pemakanan

Cadangan Diet Pengidap Gastrik adalah seperti berikut:-
Sarapan Pagi; Makan Sebelah Pagi
1. pagi minum susu penuh krim dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang)

Minum Pagi (Tea Break)
2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut

Makan Tengahari
3. tengahari makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

Minum Petang
4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.

Makan Malam
5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.

Minum Malam
6. Sebelum tidur minum susu lagi.

Jaga-jaga/Elakkan
7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau

8. Elakkan makanan mengandungi cuka.

9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat sendiri atau jus sayauran terutamanya bayam kerana ianya baik untuk meneutralkan asid berlebihan dalam perut

C. Semasa mandi, mulakan dari kaki, naik ke lutut, pinggang dan seterusnya hingga ke kepala. Jirus anggota sebelah kanan dahulu, apabila selesai baru jirus anggota sebelah kiri pula. Setelah itu barulah mandi seperti biasa. Cara ini adalah kaedah yang terbaik supaya haba yang ada dalam badan tertolak ke atas dan seterusnya akan keluar melalui mulut, hidung dan telinga.

D. Sentiasa berfikiran positif dan elakkan cara hidup yang tertekan.