Masalah banyak angin dalam badan kini menjadi masalah biasa orang masa kini kerana kecuaian atau mengabaikan isu jaga kesihatan dan pemakanan. Inilah antara punca utama penyebab masalah banyak angin dalam badan atau doktor kata awak ni ada gastrik laa.
Blog ini dihasilkan berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menghadapi gastrik sejak tahun beberapa tahun yang lalu. Mula-mula tu makan jaa ubat yang doktor suruh makan tetapi gastrik tak juga baik. Dulu masa tak kena gastrik ni ingatkan tak sakit tapi bila dah rasa sendiri baru tahu sakitnya macamana.
Antara kebiasaan pesakit angin badan adalah mereka alami lenguh – lenguh pada bahagian belakang badan. Kadangkala mereka terasa seperti sakit menyucuk dan sengal – sengal. Ianya terjadi di sebabkan angin pada bahagian perut mula merebak ke bahagian belakang badan. Akibatnya mereka akan rasa lenguh – lenguh, sengal – sengal jika angin badan menyerang sendi – sendi dan rasa menyucuk – nyucuk apabila angin badan menyerang urat saraf.
Jom Kenali simptom lain ANGIN DALAM BADAN
1. Sesak Nafas @ Nafas pendek
2. Rasa tak selesai di bahagian atas perut
3. Kembung perut
4. Rasa pening-pening lalat
5. lenguh tengkuk ,pinggang & kaki
6. Kadang-kadang rasa pedih di dada
7. Mata kelihatan rabun @ kurang jelas
8. kerap sendawa
9. Susah nak tidur
ANTARA PUNCA MASALAH ANGIN DALAM BADAN
1. Stress / Tekanan Hidup
2. Panas Baran
3. Pemakanan
4. Kurang senaman
5. Kegemukan
6. Asid berlebihan dalam salur dalam akibat gaya hidup tidak sihat seperti merokok
CARA ATASI MASALAH ANGIN@GASTRIK
A. Amalan Senaman Secara Konsisten
Salah satu cara untuk buang angin badan adalah melalui senaman. Perbuatan senaman dapat melancarkan aliran darah, melancarkan aliran pernafasan dan memperkuatkan otot – otot badan.
Apabila aliran darah badan anda lancar, angin badan tidak mampu beri kesan kepada badan anda dan seterusnya akan hilang dengan sendirinya. Sama juga apabila otot – otot badan anda kuat di mana ia akan singkirkan punca angin badan yang terlekat pada sel – sel otot.
Berikut adalah antara senaman yang sesuai anda lakukan untuk buang angin badan.
1. Senaman buang angin badan pertama : Renang.
Ketika berenang, anda akan gerakkan semua anggota badan serentak. Secara tidak langsung ia dapat menguatkan otot di seluruh badan dan seterusnya melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Senaman renang dapat membebaskan anda dari masalah angin badan jika anda lakukannya secara konsisten.
2. Senaman buang angin badan kedua : Joging.
Jogging adalah antara senaman yang benar – benar dapat bebaskan anda dari angin badan. Ini kerana jogging akan kuatkan jantung dan melancarkan aliran pernafasan. Apabila jantung anda kuat dan seluruh badan dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi, angin badan tidak ada ruang di dalam jasad anda.
3. Senaman buang angin badan ketiga : Berjalan kaki.
Senaman berjalan kaki boleh beri kesan yang sama seperti senaman jogging. Jika anda tidak mampu berjogging, anda lakukan senaman berjalan kaki laju – laju. Di samping meningkatkan stamina, senaman jalan kaki juga boleh merendahkan risiko anda untuk terima pelbagai penyakit serius seperti sakit jantung, sakit paru – paru dan kanser.
4. Senaman buang angin badan keempat : Senaman fitness dan berat.
Senaman yang meningkatkan stamina badan seperti senaman aerobik dan senaman fitness menggunakan alatan di gym dapat menyingkirkan angin badan dengan segera. Selain itu, senaman berat seperti mengangkat berat badan juga dapat menghilangkan angin badan.
Senaman – senaman di atas hanya dapat hilangkan angin badan jika anda lakukannya secara konsisten. Luangkan masa sebulan untuk dapatkan stamina badan dan anda sendiri akan kesan seronoknya memiliki badan yang tidak ada masalah angin badan.
B. Jaga Pemakanan
Cadangan Diet Pengidap Gastrik adalah seperti berikut:-
Sarapan Pagi; Makan Sebelah Pagi
1. pagi minum susu penuh krim dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang)
Minum Pagi (Tea Break)
2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut
Makan Tengahari
3. tengahari makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.
Minum Petang
4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.
Makan Malam
5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.
Minum Malam
6. Sebelum tidur minum susu lagi.
Jaga-jaga/Elakkan
7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
8. Elakkan makanan mengandungi cuka.
9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat sendiri atau jus sayauran terutamanya bayam kerana ianya baik untuk meneutralkan asid berlebihan dalam perut
C. Semasa mandi, mulakan dari kaki, naik ke lutut, pinggang dan seterusnya hingga ke kepala. Jirus anggota sebelah kanan dahulu, apabila selesai baru jirus anggota sebelah kiri pula. Setelah itu barulah mandi seperti biasa. Cara ini adalah kaedah yang terbaik supaya haba yang ada dalam badan tertolak ke atas dan seterusnya akan keluar melalui mulut, hidung dan telinga.
D. Sentiasa berfikiran positif dan elakkan cara hidup yang tertekan.
Terima kasih bgi info berguna ni
BalasPadamAda ubat yg sesuai tak untuk buang angin hulu hati ni
Padamterima kasih diatas info ini,saya share ye.thanks.
BalasPadamterima kasih info yang berguna
BalasPadamTqvm, sgt bermanfaat..
BalasPadam